Pada 3hb Oktober 2008 yang lalu, Secular Franciscan Order di Tuaran telah bersama-sama merayakan Transitus bagi St.Francis dari Assisi dimana mengenangkan kembali saat-saat akhir Santo Francis berada di dunia ini. Pada masa itu, hampir semua ahli SFO Tuaran telah bersama-sama merayakannya di Chapel Blessed Sacrement, Tuaran. Perayaan itu dimulakan dengan perarakan masuk dimana ianya didahului pembawa bunga, 5 lilin yang melambangkan 5 luka Yesus, habit berwarna coklat, sabda Tuhan (Alkitab) dan juga Patung St.Francis. Selepas sahaja perarakan masuk itu, transitus dimulakan dengan kata-kata pembukaan oleh Sr.M.Imelda Anggang. Selepas upacara itu selesai, perayaan diteruskan dengan jamuan ringan, perkongsian dan juga gambar bersama-sama. Pada masa itu bersama-sama kami ialah Fr.Thomas Madanan iaitu pembantu Paderi di Gereja St.John Tuaran. Perayaan itu bersurai pada jam 10 malam.
Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa perayaan diadakan.
- Persediaan perarakan - Bergambar beramai-ramai
- Gambar kenang-kenangan
- Persediaan musik dan lagu - 5 Lilin menandakan 5 luka Yesus - Antara Religous yang turut serta - Gambar kenang-kenangan bersama
Pada 1 Mei 1995, Secular Franciscan Order dari Sacred Heart Cathedral yang diketuai Bro. Francis Lee SFO telah meminta Sr.M.Francisca Wong FSIC untuk membawa beberapa orang yang cacat penglihatan dari Blind Centre Tuaran ke SHC Kota Kinabalu untuk bersama-sama dengan keluarga SFO di Kota Kinabalu yang ditemani oleh Puan Maria Gom. Bermula dari saat itu, pertemuan diadakan dengan beberapa orang belia dari Tamparuli yang diadakan di Konvent Lama pada setiap hari Selasa dengan aktiviti yang dijalankan pada masa itu adalah seperti Holy Hour dan Bible Sharing. Aktiviti ini telah berjalan sehingga pada tahun 1997 atas pimpinan Sr.M.Francisca Wong FSIC dan Sr.M.Lilian Unsoh FSIC.
Pada tahun 1997, lawatan dan formation pertama yang telah dilakukan oleh Fraternity SHC Kota Kinabalu yang diketuai oleh Bro.Francis Lee SFO. Bermula pada masa itu, Secular Franciscan Order telah berjalan dengan lebih giat dalam memahami erti sebenar kehidupan sebagai ahli Secular Franciscan Order (SFO). Antara ahli SFO Tuaran yang telah menerima Janji Seumur Hidup:
Sis.Maria Godilo @ nee Gom SFO
Sis.Jenny Hassan SFO
Sis.Theresa Padom SFO
Sis.Jenny Pilang SFO
Sis.Shirley Indasan SFO
Bro.Junie Lazarus SFO
Sis.Rachel Anthony SFO
Sis.Jessica Lyne Imbungan SFO
Bro.Fredolen Fedelis SFO
Sis.Catherine Raymond SFO
Bro.Marcus Wong SFO
Sis.Juliana Parapit SFO
Sis.Rita Serunai SFO
Sis.Esther Serunai SFO
Sis.Mariana Kohok SFO
Sis.Fararina Dulima SFO
Sis.Patricia Ontow SFO
Bro.Julian Kuliling SFO
Sis.Solia Ana Jumin SFO
Pembimbing Rohani
Sepanjang pembentukkan SFO di St.John Tuaran seramai dua orang Sister FSIC yang telah terlibat. Mereka adalah Sr.M.Lilian Unsoh FSIC (1995-2002) dan Sr.M.Tina Basil FSIC (2002-2006). Sekarang pembimbing kami adalah Sr.M.Imelda Angang (2007 - now)