Tuesday, November 4, 2008

Transitus

Pada 3hb Oktober 2008 yang lalu, Secular Franciscan Order di Tuaran telah bersama-sama merayakan Transitus bagi St.Francis dari Assisi dimana mengenangkan kembali saat-saat akhir Santo Francis berada di dunia ini. Pada masa itu, hampir semua ahli SFO Tuaran telah bersama-sama merayakannya di Chapel Blessed Sacrement, Tuaran. Perayaan itu dimulakan dengan perarakan masuk dimana ianya didahului pembawa bunga, 5 lilin yang melambangkan 5 luka Yesus, habit berwarna coklat, sabda Tuhan (Alkitab) dan juga Patung St.Francis. Selepas sahaja perarakan masuk itu, transitus dimulakan dengan kata-kata pembukaan oleh Sr.M.Imelda Anggang. Selepas upacara itu selesai, perayaan diteruskan dengan jamuan ringan, perkongsian dan juga gambar bersama-sama. Pada masa itu bersama-sama kami ialah Fr.Thomas Madanan iaitu pembantu Paderi di Gereja St.John Tuaran. Perayaan itu bersurai pada jam 10 malam.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa perayaan diadakan.



- Persediaan perarakan

- Bergambar beramai-ramai

- Gambar kenang-kenangan


- Persediaan musik dan lagu

- 5 Lilin menandakan 5 luka Yesus

- Antara Religous yang turut serta

- Gambar kenang-kenangan bersama




- Jamuan ringan bersama